Friday, April 16, 2010

TUGASAN : MERUMUS JURNAL

Pendekatan Proses Saintifik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

Oleh:
Dr Sajap Maswan, Jabatan Teknologi Pendidikan, Institut Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang.

Intro:
Isu yang diutarakan oleh Dr Sajap Maswan dalam penulisan jurnal beliau, Pendekatan Proses Saintifik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual memaparkan beberapa masalah dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual. Perkara ini boleh dilihat menerusi kajian yang telah dijalankan (Ibrahim, 2000) mendapati sebahagian daripada tanggapan pelajar terhadap Pendidikan Seni dimana dapatan kajian menyatakan:
• Pendidikan Seni tidak memberi faedah.
• Membosankan kerana belajar benda yang sama dari sekolah rendah hingga sekolah menengah.
• Pelajaran menyeronokkan jikalau guru menyediakan pelajaran baru yang mencabar.

Selain daripada itu, beliau juga menyatakan terdapat beberapa faktor-faktor yang menyebabkan pengajaran Pendidikan Seni kurang berkesan terutama dari segi asas senireka kerana terdapat:
• Peruntukan masa yang tidak mencukupi.
• Tiada buku teks sebagai panduan guru dan pelajar.
• Kaedah pengajaran yang tidak menarik minat pelajar.

Objektif kajian:
Kajian yang dijalankan oleh Dr Sajap Maswan adalah:
• Untuk memperkenalkan proses saintifik dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
• Untuk menggalakkan guru menggunakan teori pembelajaran konstruktif seperti inkuiri dan penyelesaian masalah atau pembelajaran berasaskan masalah.

Tujuan kajian
Kajian ini bertujuan untuk:
• Membolehkan permasalahan terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual akan dianggap sebagai mata pelajaran yang berfaedah dan menarik minat ramai pelajar.
• Murid akan dapat mengaplikasi asas seni reka semasa proses penghasilan karya ataupun artifak di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
• Guru perlu menggunakan kaedah dan teori pembelajaran yang terkini selain daripada penggunaan bahan bantu mengajar yang berteknologi tinggi seperti penggunaan multimedia, slaid persembahan, tayangan video dan sebagainya. Ini adalah kebanyakan guru menggunakan kaedah lama yang membosankan pelajar dan akhirnya pelajar tidak berminat untuk belajar.

Kepentingan kajian:
• Murid akan dapat menghasilkan karya yang bermutu tinggi serta mencapai tahap pengutaraan tampak sejajar dengan usia mereka kalau dibandingkan dengan Teori pengutaraan tampak dan perkembangan seni kanak-kanak oleh Victor Lowenfield.
• Murid akan mempunyai tahap perkembangan pemikiran dan kreativiti yang tinggi melalui pendekatan teori inkuiri atau teori penerokaan yang boleh kita lihat menerusi apa yang dilakukan oleh seorang artis atau seorang pereka bentuk berfikir semasa menginovasikan sesuatu produk ataupun karya.

Metodologi kajian:
Dr Sajap Maswan menjalankan kajian ini dalam bentuk mix metod (metod campuran : kuantitatif dan kualitatif). Di mana melalui kajian penyelidikan secara saintifik beliau menggunakan kaedah tinjauan bacaan, pengumpulan data awal seperti hasil karya pelajar, di mana pada peringkat ini proses membataskan pembolehubah-pembolehubah dan mengenal pasti masalah dilakukan. Kajian selanjutnya adalah mengenai menentukan permasalahan dan hipotesis. Peringkat seterusnya adalah peringkat pendedahan sebenar dan interpretasi dimana segala dapatan (data) yang diperolehi melalui soal selidik yang dijalankan, keputusan markah selepas murid melalui proses penyelidikan saintifik serta pemahaman murid melalui proses penghasilan karya. Keputusan kajian akan berbentuk kuantitatif melalui graf atau jadual yang akan dipaparkan pada akhir kuliah. Manakala hasil karya pelajar akan dijadikan keputusan berbentuk kualitatif.

Refleksi:
Secara umumnya, mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sememangnya memerlukan perubahan yang drastik demi menarik minat murid untuk lebih menghargai mata pelajaran ini. Jesteru pelbagai pihak perlu mengambil berat supaya kajian yang akan dijalankan ini dapat memberi faedah dan manfaat kepada semua pihak terutamanya pelajar. Sebagai contoh sekiranya mata pelajaran ini mempunyai buku teks yang lengkap dengan aktiviti yang boleh di guna pakai oleh semua pelajar di Malaysia nescaya pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran ini akan jadi suatu pelajaran yang menarik perhatian murid. Perkara ini boleh dilihat menerusi pengajaran dan pembelajaran yang begitu membosankan sekiranya subjek ini diajar oleh guru yang bukan opsyen. Selain daripada itu, penerbitan VCD pengajaran dan pembelajaran juga perlu diterbitkan dan di jadikan bahan sumber guru untuk mengajar. Apalah gunanya kepakaran orang seni sendiri sekiranya mata pelajaran sendiri diabaikan.

No comments:

Post a Comment