Friday, April 16, 2010

KARYA 2010 : SIRI LENGGANG KIPRAH


Manusia punya garis hidup dan warna jiwa yang tersendiri. Kehidupan manusia yang dibatasi oleh sikap gila kuasa, tamak haloba, berani, taksub dan macam-macam lagi. Sikap yang ingin memiliki sesuatu dengan menolak saudara sendiri sering berlaku. Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Itulah ibarat manusia... mudah dipengaruh dan mudah mempengaruh orang lain. Manusia yang lain tertindas dan ditindas. Garis hidup manusia berbeza. Begitu juga sifat sesuatu garisan itu berbeza dan mengikut ekpressi tuannya sendiri. Manakala jiwa dan hati manusia sememangnya telah punya nilai yang tersendiri. Ada yang begitu baik, ada yang begitu baik dengan bersebab, mengampu kata orang kita. Jiwa tidak akan tenang selagi tidak dapat menjatuhkan lawannya. Hatinya akan senang jika warna jiwanya tidak bersatu dan bercelaru. Manusia ini seboleh-bolehnya ingin menakluki dunia sendiri dan dunia orang lain. Persoalannya mampukah dia?

2 comments:

  1. Dunia ini penuh dengan perang psikologi. Menggunakan manusia untuk membangunkan sesuatu, dan manusia juga digunakan untuk sesuatu yang membinasakan. Penuh dengan drama yang dilakonkan oleh si pemimpin dunia. Meluaskan empayar minda, menakluk minda manusia lain, dalam diam telah membunuh. Kekadang kita tidak sedar akan semua yang berlaku, mungkin kita terlalu leka dengan arus kemajuan yang laju – lebih laju dari aliran sungai Pahang. Kekadang kita sedar akan semua ini, tapi kita tidak mampu untuk menahannya. Minda kita telah ditakluk oleh kuasa yang begitu hebat, disebabkan ia telah memberi kesenangan dan kemudahan yang amat bermakna. Justeru, kita terus melupakannya.. kita lupa bahawa minda kita telah diambil ‘orang’

    ReplyDelete
  2. Bahan yang bagus untuk dijadikan renungan bersama.

    ReplyDelete