Thursday, February 11, 2010

Pengertian kreativiti

JUNE KING MCFEE
Kreativiti merupakan keupayaan mencipta perlambangan dan idea yang baru, bagi mengemaskini perlambangan yang sedia ada. Menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap, kepada sesuatu organisasi baru.

E PAUL TORRANCE
Pelajar yang kreatif belajar melalui penyoalan, pemerhatian, penemuan, percubaan, penerokaan, memanupulasi sesuatu dan semasa bermain tetapi sentiasa mencuba mencari kebenaran dan keesahan.

DONALD W MAC KINNON:
Individu kreatif boleh menyatakan tentang dirinya. Mempunyai aras intelektual yang tinggi, berfikiran terbuka bagi mendapatkan pengalaman dan kepekaan estetika. Berdikari dalam aspek berfikir dan bertindak.

NIKOLA TESLA:
Kreativiti ialah keupayaan menghubungkan pemikiran tampak dengan kesan luaran.

ROBERT C BURKHAT:
Kreativiti ialah pembelajaran interaktif dalam kehidupan. Ia adalah proses tindakbalas terhadap semua aspek yang datang dan pergi dalam kehidupan secara berterusan untuk membuat keputusan bagi menerima atau menolak, membina atau memusnahkan, mengulang atau menambah dan kejayaan atau kegagalan.

VIKTOR LOWENFELD:
Kreativiti ialah naluri semulajadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. Naluri itu merupakan faktor pertama digunakan untuk menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Keinginan ialah asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak.

No comments:

Post a Comment