Thursday, February 11, 2010

pendapat pakar tentang seni tampak

Apa itu seni tampak?

Herbert Read: seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetika. Kesenangan estetika adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej dan pihak penerima mesej tersebut akan saling bersama menyempurnakan mesej-mesej yang disampaikan.

Frank Cizek: terdapat daya kreatif yang hebat dalam diri kanak-kanak yang memerlukan jalan keluar untuk menyatakan ekspresi diri. Oleh itu kanak-kanak seharusnya diberi ruang dan peluang untuk melukis tentang apa yang mereka mahu, tentang apa yang mereka lihat dari kaca mata mereka sendiri, bukan melukis tentang apa yang orang lain fikirkan.

Walter Gropius (Bayer, Gropius dan Qropius): berpendapat bahawa kraf dan rekabentuk adalah gabungan kepada seni halus. Seni seharusnya memberi faedah dan berfungsi kepada kehidupan seharian dan masyarakat bukan sekadar untuk menyatakan hasrat diri.

Linderman: mengkategorikan seni kepada:
Seni tampak dan sentuh: catan, lukisan, arca, kolaj, assemblaj dan cetakan.
Kraftangan: seramik, fiber, tekstil, kraf logam, kraf kayu, kraf kertas, dan puppetry serta seni hiasan / barangan kemas.
Seni teknologikal: fotografi, holografi, tv, seni filem, seni computer.
Seni persekitaran: seni bina, rekabentuk persekitaran, struktur komuniti dan barang hasilan seni di persekitaran.
Seni pengguna: pengiklanan, majalah, pembungkusan, ilustrasi, kulit buku, dekorasi permukaan, karton, komik.
Seni konsep: seni yang tidak berkekalan. Memerlukan penyertaan pemerhati yang memerlukan pergerakan atau persembahan.

No comments:

Post a Comment